Cuaca amat panas sejak seminggu yang lalu. Kami anak beranak saling bergiliran demam dan batuk. Jadi semua tak selera makan. Satu-satunya makanan yang membuka selera ialah bubur nasi.

Bubur Nasi aka Bubur Lambuk
Banyak orang mengenalinya sebagai bubur lambuk. Tapi di kampung saya kami memang menamakan masakan ini bubur nasi.
Oleh kerana badan masih kurang sihat dan tenaga berkurangan, saya buatkan seadanya saja. Saya main lebur-lebur saja daging dan udang cincang. Hasilnya lumayan juga. Habislah semuanya.