Sunday, July 31, 2011

RAMADHAN TIBA LAGI

Alhamdulillah, malam ini bulan Ramadhan yang mulia ini hadir sekali lagi dan kita diberkati untuk bersamanya. Bulan ini menjanjikan ganjaran yang sungguh baik untuk kita.
 
Mudah-mudahan kita terus diberkati dengan umur yang panjang dan dapat mempertingkatkan segala amalan yang baik.
 
Selamat berpuasa kepada semua rakan muslimin dan muslimat sekalian.

Wednesday, July 20, 2011

HARGA ASTRO TERLALU TINGGI DITENTANG

Hati ini turut geram dengan keadaan di mana Astro mendapat hak monopoli bagi siaran berbayar.  Walaupun pengguna boleh membuat pilihan untuk tidak melanggan, kenapa langkah itu yang disokong.

Bila-bila pun, monopoli adalah sesuatu yang tidak sihat.  Monopolis akan mengambil kesempatan dan menekan pengguna.  Jadi sebab itu Astro boleh sewenangnya menaikkan harga sesuka hati mereka.

Pihak berkuasa yang membenarkan keadaan seperti ini diragui juga keikhlasan mereka!

Saturday, July 9, 2011

TAK JADI MAKAN KENDURI

Hari ini sepatutnya kita orang pergi makan kenduri sepupu di Keramat sana.  Tetapi dengan tertutupnya jalan-jalan di KL, kami tersangkut.  Hanya sampai ke Damansara Height saja kami sudah disuruh ambil laluan lain.

Kita orang tak pasti ada ke jalan yang membolehkan masuk ke Keramat sana.  Selama ini memang jalan melalui pusat KL saja.  Jadi mahu tak mahu, kami patah balik saja la.

Selepas itu kita orang telefon sepupu.  Kata mereka memang lengang saja tak ramai orang.  Tetamu hanya dari kalangan jiran-jiran dan saudara di sebelah sana saja.  Kasihan!