Saturday, July 9, 2011

TAK JADI MAKAN KENDURI

Hari ini sepatutnya kita orang pergi makan kenduri sepupu di Keramat sana.  Tetapi dengan tertutupnya jalan-jalan di KL, kami tersangkut.  Hanya sampai ke Damansara Height saja kami sudah disuruh ambil laluan lain.

Kita orang tak pasti ada ke jalan yang membolehkan masuk ke Keramat sana.  Selama ini memang jalan melalui pusat KL saja.  Jadi mahu tak mahu, kami patah balik saja la.

Selepas itu kita orang telefon sepupu.  Kata mereka memang lengang saja tak ramai orang.  Tetamu hanya dari kalangan jiran-jiran dan saudara di sebelah sana saja.  Kasihan!

3 comments:

Anonymous said...

Aslmkm.
Banyak kenduri turut menjadi mangsa.

Nori said...

Salam Kakiah.
Ramai lagi kenduri terbabit. Kasihan!

ROHA said...

Salam Kakiah.
Aduh. Kesian!