Monday, October 24, 2011

BILA JIRAN KEKWEK

Kami mendapat jiran baru sejak awal tahun.  Sebenarnya mereka telah membeli rumah bersebelahan dan membuat ubah-suai dan yang banyak juga.  Katanya OKB!

Semasa mereka membuat ubah-suai tu memang sudah nampak lagak gaya mereka.  Tapi masa itu kita tak la sampai terfikir mereka memang jenis yang benar-benar angkuh dan sombong.

Setelah mereka pindah barulah nampak dengan amat nyata sekali sifat mereka.  Ada-ada saja masaalahnya - pasal sampah, pasal air basuh kereta, pasal najis kucing, pasal tetamu parkir bertentangan rumah mereka dan macam-macam lagi!

Hari minggu semalam si suami punya la bengang.  Mereka telah memarahi dan beri amaran kepada pekerja kami yang meletakkan batang dan ranting-ranting pokok yang telah dicantas di kawasan seberang jalan.  Jadi berlakulah pertengkaran!

Selama bertahun-tahun tak ada masaalah.  Tapi bila ada jiran kekwek seperti ni, memang naik darah betul!

Tuesday, October 4, 2011

PIZZA HUT TERKUCIL

Meluap-luap bila servis yang dijanjikan jauh tersasar.  Sejam tercanguk menunggu, pizza tak juga sampai-sampai!

Kemudian mereka telefon kata rider baru cari rumah tak jumpa.  Selepas beri panduan, setengah jam kemudian tak juga sampai!

Teruk betul!

Sunday, September 18, 2011

KENAPA BERTELAGAH SESAMA MELAYU

Dalam suasana Raya pun ramai Melayu cuba membangkitkan kekecuhan di kalangan orang Melayu.  Kenapa la nak bertelagah sesama Melayu?  Lebih-lebih lagi kita juga dikenali sebagai orang Islam.

Sepatutnya usaha mengeratkan silaturrahim.  Tak kira la apa fahaman politik pun.  Yang penting segala usaha dan tindakan berasaskan iman dan Islam.

Wednesday, August 31, 2011

SELAMAT HARI RAYA

Umat Islam sedang menyambut Hari Raya setelah sebulan menjalan ibadah di bulan Ramadhan yang unggul.  Sempena hari yang mulia ini saya juga ingin mengucapkan selamat untuk semua Ummah.
SELAMAT
HARI RAYA
A I D I L F  I T R I
Maaf Zahir Batin

Semoga semua akan ceria gembira bersama keluarga, sanak saudara dan sahabat handai.  Bagi yang balik kampung dan berjalan jauh, berhati-hatilah di jalanraya.

Monday, August 15, 2011

TINGKATKAN IBADAH DI AKHIR RAMADHAN

Sekarang kita sudah semakin hampir ke akhir bulan Ramadhan.  Sudah dua minggu berlalu.  Maknanya kita sudah pun lepas separuh perjalanan.

Hanya tinggal dua minggu lagi untuk kita dapat mengambil kesempatan sebaik-baiknya.   Kita mesti terus berusaha untuk mendapat ganjaran terbaik di malam Lailatul Qadar.  Siapa yang tidak mahu pahala yang berlipat-lipat ganda?

Mengikut kiraan, malam Lailatul Qadar berada di dalam sepuluh malam terakhir Ramadhan. Jadi, marilah kita sama-sama menghidupkan malam-malam terakhir ini.

Semoga kita dipanjangkan umur dan diberkati dengan kesihatan yang baik.  Semoga dengan itu kita dapat meneruskan amal ibadah dengan lebih baik lagi, dan diberkati dengan barakah malam Lailatul Qadar itu.  Amin.

Sunday, July 31, 2011

RAMADHAN TIBA LAGI

Alhamdulillah, malam ini bulan Ramadhan yang mulia ini hadir sekali lagi dan kita diberkati untuk bersamanya. Bulan ini menjanjikan ganjaran yang sungguh baik untuk kita.
 
Mudah-mudahan kita terus diberkati dengan umur yang panjang dan dapat mempertingkatkan segala amalan yang baik.
 
Selamat berpuasa kepada semua rakan muslimin dan muslimat sekalian.