Monday, August 15, 2011

TINGKATKAN IBADAH DI AKHIR RAMADHAN

Sekarang kita sudah semakin hampir ke akhir bulan Ramadhan.  Sudah dua minggu berlalu.  Maknanya kita sudah pun lepas separuh perjalanan.

Hanya tinggal dua minggu lagi untuk kita dapat mengambil kesempatan sebaik-baiknya.   Kita mesti terus berusaha untuk mendapat ganjaran terbaik di malam Lailatul Qadar.  Siapa yang tidak mahu pahala yang berlipat-lipat ganda?

Mengikut kiraan, malam Lailatul Qadar berada di dalam sepuluh malam terakhir Ramadhan. Jadi, marilah kita sama-sama menghidupkan malam-malam terakhir ini.

Semoga kita dipanjangkan umur dan diberkati dengan kesihatan yang baik.  Semoga dengan itu kita dapat meneruskan amal ibadah dengan lebih baik lagi, dan diberkati dengan barakah malam Lailatul Qadar itu.  Amin.

4 comments:

DDrfauziah said...

Aslmkm.
Selamat meneruskan amal ibadah.
Sama2lah kita cuba mendapatkan rahmat barakah dari Illahi ya.

Fiza said...

Salam Kakiah.
Ya, semoga kita diberkati. Amin.

IZAM said...

Salam Kakiah.
Amin.
Samalah kita.

Firdii said...

Salam Kakiah.
Amin.