Monday, October 24, 2011

BILA JIRAN KEKWEK

Kami mendapat jiran baru sejak awal tahun.  Sebenarnya mereka telah membeli rumah bersebelahan dan membuat ubah-suai dan yang banyak juga.  Katanya OKB!

Semasa mereka membuat ubah-suai tu memang sudah nampak lagak gaya mereka.  Tapi masa itu kita tak la sampai terfikir mereka memang jenis yang benar-benar angkuh dan sombong.

Setelah mereka pindah barulah nampak dengan amat nyata sekali sifat mereka.  Ada-ada saja masaalahnya - pasal sampah, pasal air basuh kereta, pasal najis kucing, pasal tetamu parkir bertentangan rumah mereka dan macam-macam lagi!

Hari minggu semalam si suami punya la bengang.  Mereka telah memarahi dan beri amaran kepada pekerja kami yang meletakkan batang dan ranting-ranting pokok yang telah dicantas di kawasan seberang jalan.  Jadi berlakulah pertengkaran!

Selama bertahun-tahun tak ada masaalah.  Tapi bila ada jiran kekwek seperti ni, memang naik darah betul!

Tuesday, October 4, 2011

PIZZA HUT TERKUCIL

Meluap-luap bila servis yang dijanjikan jauh tersasar.  Sejam tercanguk menunggu, pizza tak juga sampai-sampai!

Kemudian mereka telefon kata rider baru cari rumah tak jumpa.  Selepas beri panduan, setengah jam kemudian tak juga sampai!

Teruk betul!

Sunday, September 18, 2011

KENAPA BERTELAGAH SESAMA MELAYU

Dalam suasana Raya pun ramai Melayu cuba membangkitkan kekecuhan di kalangan orang Melayu.  Kenapa la nak bertelagah sesama Melayu?  Lebih-lebih lagi kita juga dikenali sebagai orang Islam.

Sepatutnya usaha mengeratkan silaturrahim.  Tak kira la apa fahaman politik pun.  Yang penting segala usaha dan tindakan berasaskan iman dan Islam.

Wednesday, August 31, 2011

SELAMAT HARI RAYA

Umat Islam sedang menyambut Hari Raya setelah sebulan menjalan ibadah di bulan Ramadhan yang unggul.  Sempena hari yang mulia ini saya juga ingin mengucapkan selamat untuk semua Ummah.
SELAMAT
HARI RAYA
A I D I L F  I T R I
Maaf Zahir Batin

Semoga semua akan ceria gembira bersama keluarga, sanak saudara dan sahabat handai.  Bagi yang balik kampung dan berjalan jauh, berhati-hatilah di jalanraya.

Monday, August 15, 2011

TINGKATKAN IBADAH DI AKHIR RAMADHAN

Sekarang kita sudah semakin hampir ke akhir bulan Ramadhan.  Sudah dua minggu berlalu.  Maknanya kita sudah pun lepas separuh perjalanan.

Hanya tinggal dua minggu lagi untuk kita dapat mengambil kesempatan sebaik-baiknya.   Kita mesti terus berusaha untuk mendapat ganjaran terbaik di malam Lailatul Qadar.  Siapa yang tidak mahu pahala yang berlipat-lipat ganda?

Mengikut kiraan, malam Lailatul Qadar berada di dalam sepuluh malam terakhir Ramadhan. Jadi, marilah kita sama-sama menghidupkan malam-malam terakhir ini.

Semoga kita dipanjangkan umur dan diberkati dengan kesihatan yang baik.  Semoga dengan itu kita dapat meneruskan amal ibadah dengan lebih baik lagi, dan diberkati dengan barakah malam Lailatul Qadar itu.  Amin.

Sunday, July 31, 2011

RAMADHAN TIBA LAGI

Alhamdulillah, malam ini bulan Ramadhan yang mulia ini hadir sekali lagi dan kita diberkati untuk bersamanya. Bulan ini menjanjikan ganjaran yang sungguh baik untuk kita.
 
Mudah-mudahan kita terus diberkati dengan umur yang panjang dan dapat mempertingkatkan segala amalan yang baik.
 
Selamat berpuasa kepada semua rakan muslimin dan muslimat sekalian.

Wednesday, July 20, 2011

HARGA ASTRO TERLALU TINGGI DITENTANG

Hati ini turut geram dengan keadaan di mana Astro mendapat hak monopoli bagi siaran berbayar.  Walaupun pengguna boleh membuat pilihan untuk tidak melanggan, kenapa langkah itu yang disokong.

Bila-bila pun, monopoli adalah sesuatu yang tidak sihat.  Monopolis akan mengambil kesempatan dan menekan pengguna.  Jadi sebab itu Astro boleh sewenangnya menaikkan harga sesuka hati mereka.

Pihak berkuasa yang membenarkan keadaan seperti ini diragui juga keikhlasan mereka!

Saturday, July 9, 2011

TAK JADI MAKAN KENDURI

Hari ini sepatutnya kita orang pergi makan kenduri sepupu di Keramat sana.  Tetapi dengan tertutupnya jalan-jalan di KL, kami tersangkut.  Hanya sampai ke Damansara Height saja kami sudah disuruh ambil laluan lain.

Kita orang tak pasti ada ke jalan yang membolehkan masuk ke Keramat sana.  Selama ini memang jalan melalui pusat KL saja.  Jadi mahu tak mahu, kami patah balik saja la.

Selepas itu kita orang telefon sepupu.  Kata mereka memang lengang saja tak ramai orang.  Tetamu hanya dari kalangan jiran-jiran dan saudara di sebelah sana saja.  Kasihan!

Monday, June 13, 2011

PATUT LA MEREKA BERIYA-IYA

Hari ini baru aku tahu rupanya mereka yang duduk minta derma dan sedekah untuk yayasan atau rumah anak-anak yatim itu mendapat komisyen dari hasil kutipan mereka.  Bukan sedikit pula tu.  Paling kurang 40% dari hasil kutipan.  Yang lebih sampai 60%.

Patut la begitu banyak orang sedia 'bekerja' sampai ke pasar-pasar malam dan tempat keramaian.  Rupanya ada bahagian lumayan untuk mereka.

Teruk betul manusia di akhir zaman.  Begitu banyak orang mengambil kesempatan di atas kebaikan dan murah hati orang ramai!

Sekarang lebih baik beli dalam bentuk produk untuk diberi terus kepada anak-anak yatim berkenaan.

Sunday, May 22, 2011

ANAK TAK BERDOSA MENJADI MANGSA

Semakin melihat keadaan di kejadian tanah runtuh di Hulu Langat itu semakin sayu rasa hati.  Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah At Taqwa di Kampung Sungai Gahal itu memang letaknya di tepi tanah tinggi berbukit.

Anak-anak yang kita kategorikan sebagai anak yang belum dihitung dosa mereka memang terdedah kepada bahaya bencana alam tanah runtuh.  Sama saja kalau membina rumah di tepi pantai.

Manusia memang serik dan insafnya hanya sementara.  Sudah kerap berlaku bencana alam di tempat-tempat yang merbahaya seperti ini.  Tapi masih banyak tetap mahu mempertaruhkan nasib.

Risiko bahaya bencana alam itu sentiasa ada.  Kiranya, pada logik mata kasar, ancaman itu memang ada.  Bila betul-betul terjadi seperti ini, kita tidak boleh salahkan takdir semata-mata.

Saturday, May 14, 2011

BLOGGER SISTEM PENING TERUK

Nampaknya sistem sokongan Blogger mengalami masaalah yang serius.  Dah dua hari pening tak habis lagi.

Kalau mereka dah pening teruk, kita pula sakit kepala berterusan.  Memang tak tahu kenapa!  Lagi tak tahu nak buat apa!  :(

Ini saja try buat N3.  Nak tengok apa yang bakal jadi!

Tuesday, May 3, 2011

MASAK BIHUN SAJA

Bila orang cuti, kita pun ikut cuti.  Bukan ke mana sangat.  Cuma pergi berkelah dan bermalam di Port Dickson.

Bila balik berlambak pulak kerja.  Sudah basuh baju tiga muatan pun tak habis juga lagi.  Rumah pun masih berselerak kerana ada saudara singgah bermalam malam tadi.

Jadi untuk malam ni masak cincai saja la.  Saya sudah selesai goreng bihun ala-ala bihun Mamak.  Saya masukkan cucur udang dan tahu.  Tapi masuk daging juga.  Sudikanlah.

Thursday, April 28, 2011

DATANG ANGIN MALAS

Sejak dua menjak ni datang rasa malas pula.  Bukan malas satu hal saja, tapi malas nak buat apa-apa pun.  Tambah-tambahlah nak buat update.

Mungkin kerana memikirkan anak nak pergi belajar jauh ke luar negara sana.  Pertama kali ni rasa lain macam!  Pada hal dah beribu-ribu anak orang pergi dan balik!

Suami kata saya ikut hati.  Katanya, 'Bukannya anak pergi untuk selama-lamanya!'

Entahlah!  Bukannya saja dibuat-buat!  Hati rasa gundah saja!

Friday, April 15, 2011

KEADILAN DI DUNIA

Tentu semua yang peka ingat kes pilu tentang adik malang, arwah Saiful Syazani Saiful Sopfidee.  Arwah telah dihukum begitu teruk hingga koma dan seterusnya meninggal beberapa hari kemudian.

Semalam guru dan warden Sekolah Rendah Agama Al Furqan, Jawi yang menghukum arwah itu telah dihadapkan ke Mahkamah.  Dia dituduh membunuh pelajar malang berkenaan.

Setelah ditahan dan disiasat, akhirnya beliau dituduh di atas kesalahan itu.  Tuduhan ini adalah sebutan pertama.  Tiada pengakuan dari guru berkenaan.

Kes ini adalah satu kes jenayah yang jelas.  Namun begitu proses undang-undang mesti diikuti.  Tentu kes ini akan memakan masa juga sebelum diambil ketentuan hukum.

Mungkin kita boleh ambil sempadan.  Jika melakukan sesuatu, berpandulah kepada iman yang diasaskan dengan kefahaman perintah Allah.

Ini baru menghadapi mahkamah keadilan di dunia.  Di Akhirat nanti masih tetap perlu menghadapi Allah SWT.

Tuesday, April 5, 2011

GARA-GARA 'KALAU BERPACARAN'

Tentu ramai ikut setuju bahawa lagu 'Kalau Berpancaran' itu memang menarik.  Bagi yang dengar pertama kali pun, tentu akan turut senyum dengan lirik lagu ini.

Setelah sering mendengarnya dicorong-corong radio dan juga di beberapa program hiburan di TV, satu keluarga teruja untuk mempunyai CD berkenaan.  Jadi petang tadi saya dan anak bongsu pergilah ke kedai yang menjual CD lagu-lagu.

Puas cari tak ada.  Tanya dengan pembantu store, katanya tak ada.  Lepas itu telefon anak perempuan yang paling beriya-iya nakkan CD tu.

Dia pun pergi cari di kedai CD yang berdekatan dengan tempat kerjanya.  CD tu tak ada juga.

Kemudian telefon pula kepada anak buah yang sudah pun membeli CD berkenaan.  Katanya kena pesan di kedai sebab stok tak banyak.  Gitu pula!

Thursday, March 24, 2011

KEMPUNAN DODOL TAHAP MAKSIMA

Entah kenapa secara tiba-tiba saja suami teringin sangat nak makan dodol.  Hari-hari asyik duduk sebut pasal perkara ini.  Macam-macam pula terfikir di dalam hati.

Dua hari lepas anak saudara kena pergi bertugas ke Alor Setar.  Apa lagi, saya pun minta tolong dengan sungguh-sungguh supaya dia tolong belikan.

Petang tadi dia sudah balik.  Dia terus menghantar dodol yang dipesan.  Dibelinya sebanyak RM 100 yang saya berikan kepadanya.

Punya la banyak berlambak-lambak. Jenuh pula membahagikan kepadanya dan saudara-saudara lain.


Tapi saya pun ambil banyak juga iaitu sebanyak enam bungkus seperti dalam gambar di atas.  Memang berbaloi-baloi.  Hehe. 

Saturday, March 5, 2011

LAYAN 'I AM NUMBER FOUR'

Anak-anak mengajak sungguh-sungguh pergi menonton kerana mereka dapat tiket diskaun.  Jadi terpujuk pergi juga la.

Filem yang di tonton ialah filem terbaru. Secara ringkasnya, butir-butir filem adalah seperti berikut:
FILEM: I Am Number Four
ARAHAN: D.J. Caruso
LAKONAN: Alex Pettyfer, Timothy Olyphant, Dianna Agron, Kevin Durand, Teresa Palmer dan Callan McAuliffe
GENRE: Aksi/Sains Fiksyen/Ngeri

Dah lama juga tak menonton wayang di panggung.  Teruja juga tengok aksi-aksi menarik dan teknik imaging komputer yang digunakan.  Rasa macam benar.

Saya tak kenal barisan pelakon filem ini.  Kelihatannya semua orang baru.  Atau mungkin saya sendiri yang sudah jauh ketinggalan dalam hal ini.

Tetapi lakonan mereka boleh dikategorikan sebagai baik.  Kiranya meyakinan juga.  Tak nampak janggal   Lagipun heronya kacak dan tampan.

Pada saya, skripnya tidak cukup kuat.  Tapi tajuknya sudah kata 'number four' pun.  Jadi penonton tak boleh harapkan filem ini hebat macam nombor satu.  Hehe.

Thursday, February 24, 2011

MOHON ZURIAT

Kita selalu dengar ada pasangan yang dilanda resah duka kerana tidak dianugerahkan cahaya mata.  Saya nak berkongsi amalan doa yang diberikan oleh seorang Ustaz kepada anak buah saya.

Doa Memohon Anugerah Zuriat
Sumber:  Google

Dengan izin Yang Maha Berkuasa anak buah saya sekarang sudah diberkati dengan cahaya mata.  Hampir lima tahun dia dan suaminya menanti dan berusaha.

Saya tak pandai nak menulis dengan cantik dan tak tahu juga nak mengambil gambar dari doa yang diberikan.  Alhamdulillah, bila google dapat juga doanya.

Tuesday, February 8, 2011

BAIK BURUK JERING

Orang kita memang suka makan buah jering sebagai ulam dan makanan harian.  Hanya golongan muda saja yang kurang berminat kerana baunya.

BUAH JERING

Hari minggu baru lalu ini saya dengar orang-orang bercerita tentang baik buruk jering ini.  Ada di kalangan mereka adalah doktor yang turut mengiyakan.  Jadi saya ingat elok juga dikongsikan pengetahuan ini.

Mengikut pengakuan doktor, katanya dari segi perubatan biji jering mengandungi sejenis bahan alkoloid yang memberi rangsangan untuk membuang air kecil.  Jering ini baik untuk pesakit penyakit kencing manis.  Cuma ia mesti di makan dalam kadar yang sedikit sahaja untuk tempuh waktu yang lama.

Katanya jering juga mempunyai kandungan sebatian asid djenkolic, asid amino yang dikenali sebagai racun jenis sederhana.  Bahan-bahan ini boleh menyebabkan rasa sakit mencucuk atau berdenyut, penyakit gout, salur kencing tersekat dan kegagalan renal yang akut.

Friday, February 4, 2011

MOOD RAYA CINA

Walaupun kita orang tak merayakan Tahun Baru Cina, semua orang terikut juga berada dalam mood raya.  Macam-macam makanan  yang jarang-jarang makan atau yang dimakan semasa ada perayaan.  Rata-rata ada jual kueh kapit dan buah limau mandarin tu.

Selain dari itu anak-anak dan suami juga nak makan itu dan ini.  Mana tidaknya, semua bercuti panjang!  Bila duduk di rumah tu kerjanya nak makan saja la.

Tuesday, February 1, 2011

MENCARI LETIH!

Semua malas nak duduk rumah dan malas masak hari ini.  Jadi anak beranak semua pun sepakat keluar window-shopping.  Sampai petang jugalah baru balik.

Tak pasal-pasal la mencari letih.  Bukan setakad letih saja.  Anak bongsu pula sudah komplen sakit kepala dan katanya dia juga rasa nak demam.

Si Abah pun mulalah nak naik angin.  Alahai!

Sunday, January 23, 2011

ADUHAI! TAK RETINYA!

Memang gambar boleh bercerita.  Tak payah cakap atau kata apa-apa pun semua orang yang berakal akan mengakui bahawa pakaian yang dipakai oleh bekas penyanyi Nursyella dalam gambar di bawah ini adalah separuh bogel.

Tak bogel total laa!!!

Macam mana beliau boleh meminta orang jangan menilai dirinya pada pakaian yang dipakainya.  Orang Melayu pun berkemban biasanya untuk mandi.  Pun tak sampai melondehkan 1/2 - 3/4 buah dada dan kain naik sampai ke celah kangkang.

Mengikut berita, gambarnya ini disibarkan di laman forum internet.  Dia meminta agar masyarakat tidak sesuka hati menilai peribadinya menerusi pakaian begini.   Biar betul?

Nursyella mempertahankan bahawa dia berpakaian mengikut kesesuaian majlis.  Katanya dia berpakaian begini kerana menghadiri majlis hari jadi di sebuah pusat karaoke di ibu kota.  Masya Allah!

Jika begitu jawapannya, ia menunjukkan betapa ia jahil pengetahuan agama Islam, atau memang dia membelakangkan semuanya dan menghalalkan segala cara demi mengejar cita-cita.  Aduhai!  sungguh malang.  Manusia seperti ini memang tak reti-reti.

Nursyella terus mempertahankan bahawa dia bukan murahan.  Sebaliknya dia menjelaskan bahawa segala yang dikecapi adalah hasil titik peluh sendiri; dia tidak menerima bantuan atau tajaan seperti didakwa sesetengah pihak.

Kalau dia mempertahankan berpakaian seperti itu, bolehkah dia mengerti apa itu pendapatan halal dan suci?

Friday, January 7, 2011

BISKUT LAPIS COKLAT

Hari ini saya cuba buat biskut ikut resipi yang saya minta dari kawan.  Susah juga membuatnya tapi berbaloi sebab rasanya sangat sedap.

Malu nak tunjukkan biskut yang saya buat sebab nampak comot sikit.  Walaupun tak cantik seperti yang ditunjukkan dalam gambar dari google di bawah ni, tapi rasanya best.

Biskut Lapis Coklat

Saya ingin berkongsi resipi kawan saya di sini dengan izinnya.  Dari pengalaman saya tadi, saya nasihatkan jangan potong terlalu awal.  Apabila nak potong tu, kena gunakan pisau yang tajam dan dibasahkan dengan sedikit air sejuk.