Showing posts with label ALKISAHNYA. Show all posts
Showing posts with label ALKISAHNYA. Show all posts

Tuesday, February 8, 2011

BAIK BURUK JERING

Orang kita memang suka makan buah jering sebagai ulam dan makanan harian.  Hanya golongan muda saja yang kurang berminat kerana baunya.

BUAH JERING

Hari minggu baru lalu ini saya dengar orang-orang bercerita tentang baik buruk jering ini.  Ada di kalangan mereka adalah doktor yang turut mengiyakan.  Jadi saya ingat elok juga dikongsikan pengetahuan ini.

Mengikut pengakuan doktor, katanya dari segi perubatan biji jering mengandungi sejenis bahan alkoloid yang memberi rangsangan untuk membuang air kecil.  Jering ini baik untuk pesakit penyakit kencing manis.  Cuma ia mesti di makan dalam kadar yang sedikit sahaja untuk tempuh waktu yang lama.

Katanya jering juga mempunyai kandungan sebatian asid djenkolic, asid amino yang dikenali sebagai racun jenis sederhana.  Bahan-bahan ini boleh menyebabkan rasa sakit mencucuk atau berdenyut, penyakit gout, salur kencing tersekat dan kegagalan renal yang akut.

Thursday, June 17, 2010

AZRINAZ SUDAH BERSTATUS JANDA

Memang manusia berdepan dengan tuah dan musibah yang berbeza-beza.  Ada kalanya tuah membawa rezeki yang melimpah ruah.  Di masa lain, musibah meragut segala kekayaan dan kebahagiaan.

Berkias-kias pula saya.  Sebenarnya saya nak berkongsi berita yang sudah jelas dan nyata.  Mungkin tidak begitu mengejutkan.  Tetapi terasa juga kesannya apabila diumumkan bahawa Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah telah menceraikan Azrinaz Mazhar Hakim, bekas kakitangan selebriti TV3.

Mereka berkahwin pada tahun 2005.  Selepas kelahiran dua cahaya mata, seorang putera pada tahun 2006 dan seorang puteri pada tahun 2008.

Pada lewat semalam, Istana Brunei telah mengumumkan bahawa segala anugerah penghormatan dan gelaran Di Raja telah ditarik balik.

Azrinaz Semasa 'Bahagia'

Gambar di atas adalah antara kenangan Azrinaz bersama Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah Mu'izuddin Waddaulah dan isteri pertama baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.

Ketika gambar itu diambil pada tahun 2008, Azrinaz bergelar Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar Hakim.  Harini beliau sudah berstatus janda.

Thursday, June 10, 2010

KAREKTOR AP-AP BN???

Kecoh betul dengar cerita di Parlimen semalam. Menurut berita dua AP dan seorang senator BN telah menceroboh majlis perbincangan antara ibu-bapa penuntut cemerlang keturunan India dengan beberapa AP dari Pakatan Rakyat.

Ternyata pihak Sekretariat Parlimen sendiri telah memberi izin untuk kumpulan ibu-bapa dengan AP-AP Pakatan Rakyat itu.  AP dan senator BN itu ternyata tidak bijak menangani permasaalahan.  Mereka berlagak samseng.  Orang yang bijak dan baik budi pekerti akan bertanya dan selidik dahulu tentang keadaan sebenar.

Geli hati juga.  Ini melibatkan AP Bung Mokhtar Radin yang mempunyai kes dengan Mahkamah Syariah tentang perkahwinannya dengan artis Zizie Izette.  Bung Mukhtar ini mempunyai reputasi menimbulkan pelbagai kekecuhan tentang pelbagai isu di Parlimen.

Apapkah ini karektor seorang yang layak duduk sebagai wakil rakyat?