Orang kita memang suka makan buah jering sebagai ulam dan makanan harian. Hanya golongan muda saja yang kurang berminat kerana baunya.


BUAH JERING
Hari minggu baru lalu ini saya dengar orang-orang bercerita tentang baik buruk jering ini. Ada di kalangan mereka adalah doktor yang turut mengiyakan. Jadi saya ingat elok juga dikongsikan pengetahuan ini.
Mengikut pengakuan doktor, katanya dari segi perubatan biji jering mengandungi sejenis bahan alkoloid yang memberi rangsangan untuk membuang air kecil. Jering ini baik untuk pesakit penyakit kencing manis. Cuma ia mesti di makan dalam kadar yang sedikit sahaja untuk tempuh waktu yang lama.
Katanya jering juga mempunyai kandungan sebatian asid djenkolic, asid amino yang dikenali sebagai racun jenis sederhana. Bahan-bahan ini boleh menyebabkan rasa sakit mencucuk atau berdenyut, penyakit gout, salur kencing tersekat dan kegagalan renal yang akut.
8 comments:
Salam Kakiah.
Itu la agaknya, Roha rasa gitu. Bila makan tu selalu terlebihhh!
Aslmkm.
Kenyataannya begitu la.
Bagus juga dikongsikan supaya mereka yang masih tak tahu akan tahu.
terima kasih sudi berkongsi info ni...baru la saye ade baik dan buruknye ye...
Salam Kakiah.
Saya juga diberitahu begini sejak mula dijamukan jering.
Jalan mudah, tak makan terus! Hehe.
Salam ziarah.
Laa! Susah juga tu.
Aslmkm.
Ohh pulak!
1st time dengar la!
Lebih baik tak payah makan la!
Salam Kakiah.
Hmm .. sesuatu yang tak tahu lagi.
Tq ya.
Salam.
Info baik! :)
Post a Comment