Thursday, March 24, 2011

KEMPUNAN DODOL TAHAP MAKSIMA

Entah kenapa secara tiba-tiba saja suami teringin sangat nak makan dodol.  Hari-hari asyik duduk sebut pasal perkara ini.  Macam-macam pula terfikir di dalam hati.

Dua hari lepas anak saudara kena pergi bertugas ke Alor Setar.  Apa lagi, saya pun minta tolong dengan sungguh-sungguh supaya dia tolong belikan.

Petang tadi dia sudah balik.  Dia terus menghantar dodol yang dipesan.  Dibelinya sebanyak RM 100 yang saya berikan kepadanya.

Punya la banyak berlambak-lambak. Jenuh pula membahagikan kepadanya dan saudara-saudara lain.


Tapi saya pun ambil banyak juga iaitu sebanyak enam bungkus seperti dalam gambar di atas.  Memang berbaloi-baloi.  Hehe. 

Saturday, March 5, 2011

LAYAN 'I AM NUMBER FOUR'

Anak-anak mengajak sungguh-sungguh pergi menonton kerana mereka dapat tiket diskaun.  Jadi terpujuk pergi juga la.

Filem yang di tonton ialah filem terbaru. Secara ringkasnya, butir-butir filem adalah seperti berikut:
FILEM: I Am Number Four
ARAHAN: D.J. Caruso
LAKONAN: Alex Pettyfer, Timothy Olyphant, Dianna Agron, Kevin Durand, Teresa Palmer dan Callan McAuliffe
GENRE: Aksi/Sains Fiksyen/Ngeri

Dah lama juga tak menonton wayang di panggung.  Teruja juga tengok aksi-aksi menarik dan teknik imaging komputer yang digunakan.  Rasa macam benar.

Saya tak kenal barisan pelakon filem ini.  Kelihatannya semua orang baru.  Atau mungkin saya sendiri yang sudah jauh ketinggalan dalam hal ini.

Tetapi lakonan mereka boleh dikategorikan sebagai baik.  Kiranya meyakinan juga.  Tak nampak janggal   Lagipun heronya kacak dan tampan.

Pada saya, skripnya tidak cukup kuat.  Tapi tajuknya sudah kata 'number four' pun.  Jadi penonton tak boleh harapkan filem ini hebat macam nombor satu.  Hehe.