Thursday, April 28, 2011

DATANG ANGIN MALAS

Sejak dua menjak ni datang rasa malas pula.  Bukan malas satu hal saja, tapi malas nak buat apa-apa pun.  Tambah-tambahlah nak buat update.

Mungkin kerana memikirkan anak nak pergi belajar jauh ke luar negara sana.  Pertama kali ni rasa lain macam!  Pada hal dah beribu-ribu anak orang pergi dan balik!

Suami kata saya ikut hati.  Katanya, 'Bukannya anak pergi untuk selama-lamanya!'

Entahlah!  Bukannya saja dibuat-buat!  Hati rasa gundah saja!

Friday, April 15, 2011

KEADILAN DI DUNIA

Tentu semua yang peka ingat kes pilu tentang adik malang, arwah Saiful Syazani Saiful Sopfidee.  Arwah telah dihukum begitu teruk hingga koma dan seterusnya meninggal beberapa hari kemudian.

Semalam guru dan warden Sekolah Rendah Agama Al Furqan, Jawi yang menghukum arwah itu telah dihadapkan ke Mahkamah.  Dia dituduh membunuh pelajar malang berkenaan.

Setelah ditahan dan disiasat, akhirnya beliau dituduh di atas kesalahan itu.  Tuduhan ini adalah sebutan pertama.  Tiada pengakuan dari guru berkenaan.

Kes ini adalah satu kes jenayah yang jelas.  Namun begitu proses undang-undang mesti diikuti.  Tentu kes ini akan memakan masa juga sebelum diambil ketentuan hukum.

Mungkin kita boleh ambil sempadan.  Jika melakukan sesuatu, berpandulah kepada iman yang diasaskan dengan kefahaman perintah Allah.

Ini baru menghadapi mahkamah keadilan di dunia.  Di Akhirat nanti masih tetap perlu menghadapi Allah SWT.

Tuesday, April 5, 2011

GARA-GARA 'KALAU BERPACARAN'

Tentu ramai ikut setuju bahawa lagu 'Kalau Berpancaran' itu memang menarik.  Bagi yang dengar pertama kali pun, tentu akan turut senyum dengan lirik lagu ini.

Setelah sering mendengarnya dicorong-corong radio dan juga di beberapa program hiburan di TV, satu keluarga teruja untuk mempunyai CD berkenaan.  Jadi petang tadi saya dan anak bongsu pergilah ke kedai yang menjual CD lagu-lagu.

Puas cari tak ada.  Tanya dengan pembantu store, katanya tak ada.  Lepas itu telefon anak perempuan yang paling beriya-iya nakkan CD tu.

Dia pun pergi cari di kedai CD yang berdekatan dengan tempat kerjanya.  CD tu tak ada juga.

Kemudian telefon pula kepada anak buah yang sudah pun membeli CD berkenaan.  Katanya kena pesan di kedai sebab stok tak banyak.  Gitu pula!