Friday, January 7, 2011

BISKUT LAPIS COKLAT

Hari ini saya cuba buat biskut ikut resipi yang saya minta dari kawan.  Susah juga membuatnya tapi berbaloi sebab rasanya sangat sedap.

Malu nak tunjukkan biskut yang saya buat sebab nampak comot sikit.  Walaupun tak cantik seperti yang ditunjukkan dalam gambar dari google di bawah ni, tapi rasanya best.

Biskut Lapis Coklat

Saya ingin berkongsi resipi kawan saya di sini dengan izinnya.  Dari pengalaman saya tadi, saya nasihatkan jangan potong terlalu awal.  Apabila nak potong tu, kena gunakan pisau yang tajam dan dibasahkan dengan sedikit air sejuk.

Biskut Lapis Coklat
(Boleh dapat dalam 45 - 50 keping)

Bahan-bahannya:

Lapis Bawah:
1/4 cawan gula merah
1 1/3 cawan gula pasir
1/4 cawan mentega tanpa garam
1/3 cawan 'peanut butter' berkrim
(jika tidak ada, gantikan dengan 1/4 cawan 'peanut butter' + 3 sudu besar keju berkrim)

Lapis Atas:
7 oz coklat susu
4 oz pati coklat
1 sudu besar mentega tanpa garam

Cara-caranya:
  • Campur semua bahan untuk lapis bawah.  Pukul hingga pekat dan cantik.  Adunan cantik ialah bila ia menjadi seperti pasir halus.
  • Masukkan ke dalam acuan empat segi anggaran saiz 18 - 20 inci yang telah disapu dengan sedikit mentega.  Ratakan supaya sama di bahagian bawah acuan.
  • Cairkan coklat dan mentega.  Kacau rata dan sebati.  Curahkan ke atas lapisan bawah tadi.
  • Sejukkan di dalam peti ais sehingga adunan membeku dengan cantik.
  • Potong dalam bentuk empat segi atau ikut citarasa sendiri.

8 comments:

DDrfauziah said...

Aslmkm.
Kira brownies la kan?
Yummny! :)

ASAN said...

Salam Kakiah.
Yum yum yum .. sedappp!

KERI said...

Salam Kakiah.
Sedappp!
Bertambah sihat karang! :)

BID said...

Aslmkm.
Wahhh boleh dicuba nanti. Tq.

Sanna said...

Salam Kakiah.
Brownies memang favoret! Hehe.

ROHA said...

Salam Kakiah.
Nampak best ni!
Harap2 sekurang2nya sama sedap.
Insya Allah nak try la.

SITIJA said...

Salam Kakiah.
Menggoda juger ni! Tq.

Nori said...

Salam ziarah.
Sedap ni!