Sunday, May 22, 2011

ANAK TAK BERDOSA MENJADI MANGSA

Semakin melihat keadaan di kejadian tanah runtuh di Hulu Langat itu semakin sayu rasa hati.  Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah At Taqwa di Kampung Sungai Gahal itu memang letaknya di tepi tanah tinggi berbukit.

Anak-anak yang kita kategorikan sebagai anak yang belum dihitung dosa mereka memang terdedah kepada bahaya bencana alam tanah runtuh.  Sama saja kalau membina rumah di tepi pantai.

Manusia memang serik dan insafnya hanya sementara.  Sudah kerap berlaku bencana alam di tempat-tempat yang merbahaya seperti ini.  Tapi masih banyak tetap mahu mempertaruhkan nasib.

Risiko bahaya bencana alam itu sentiasa ada.  Kiranya, pada logik mata kasar, ancaman itu memang ada.  Bila betul-betul terjadi seperti ini, kita tidak boleh salahkan takdir semata-mata.

4 comments:

JJAKA said...

Salam Kakiah.
Banyak manusia pakai ikut selera sendiri!

Anonymous said...

Aslmkm.
Kesedaran & tanggungjawap itu mesti disemai & pupuk dengan baik.

Nori said...

Salam Kakiah.
Betul kata Datin tu.

Cik Nina said...

sanagt sedih dengan kejadian yg berlaku . al-fatihah .