Tuesday, October 5, 2010

TIDAK MAKAN AYAM & DAGING

Sekarang semakin banyak orang menyarankan supaya kita kurangkan makan ayam dan daging.  Hujjah kukuh ialah kerana jenis makanan dedaging ini susah dihadham dan menimbulkan banyak masaalah kesihatan.

Apabila tidak makan ayam dan daging maknanya, biasanya seseorang mesti pula menjadi seorang yang memakan jenis sayur-sayuran dan buah-buahan.  Memang banyak baiknya.

Pertamanya kos sebagai pemakan sayuran mesti jauh lebih murah.  Disamping itu, mengikut pakar, sitem penahanan badan jauh lebih baik.  Pemakan sayur dan buah-buahan juga mendapat banyak vitamin A, E dan fiber yang baik untuk mengnyahkan toksin serta menghasilkan kulit yang lebih sihat.

Oleh kerana diet sayuran juga adalah rendah lemak dan kolestrol, ia membantu menjaga berat badan.  Malah mengikut kajian pakar, pemakan sayur mempunyai risiko 50 peratus lebih rendah untuk mendapat komplikasi jantung.

7 comments:

SITIJA said...

Salam Kakiah.
Ada juga yang tidak baiknya.
Mereka yang tidak makan daging akan mengalami kekurangan B12 kerana vitamin ini hanya terdapat dalam makanan dedaging. Vitamin ini penting & perlu untuk membina tenaga. Begitu juga zat besi dari daging lebih mudah dihadham. Kekurangan zat besi adalah tidak baik!

sekadar satu coretan said...

saye rase kite kene, seimbang dalam pemakanan ni...sebab setiap benda itu ade kebaikan dalam tubuh badan kite..tapi jgn la ambik berlebihan...

Zizaq said...

Salam Kakiah.
Nasihat doktor, seeloknya ambil makanan daging ditahap minima dan makan sayur & buahan lebih.

KERI said...

Salam Kakiah.
Ikut nasihat doktor la .. Makan biar berhemah.

ASAN said...

Salam Kakiah.
Semua pun ada baik & buruknya. Jadi kena waspada.

Anonymous said...

Aslmkm.
Diet terbaik ialah yang seimbang.
Kita saja yg tak pernah ikut timbang.
Manusia makan ikut sedap selera; tu yg selalu buat sengsara. :)

Nori said...

Salam ziarah.
Eluk ikut semula jadi rahmat Tuhan.
Semua ada baik buruknya.