Sunday, November 7, 2010

BENCANA BANJIR

Sungguh benar segalanya adalah ketentuan Allah SWT.  Kita hanya dapat merancang, Tuhan juga yang menentukan.

Saya sungguh kasihan melihat sanak saudara di Alor Star yang sedang mengalami musibah banjir.  Ibu saudara saya yang merancang membuat kenduri kahwin anaknya terpaksa membatalkan majlis itu kerana jalan hingga ke rumahnya dinaiki air se dalam atas paras pinggang.

Walaupun begitu mereka tidak berpindah ke pusat penempatan sementara banjir kerana kawasan mereka di istihar tidak merbahaya dan air juga  sedang surut.  Penduduk diberi pilihan untuk pindah atau tinggal di rumah jika mereka mempunyai bekalan yang cukup.

5 comments:

RAM said...

Salam Kakiah.
Saya dengar pun teruk benar. Ada saudara di sana menceritakan rumah mereka yg sudah puluhan tahun tidak dinaiki air tahun ini dinaiki air sedalam 3 kaki juga.
Di kawasan yang biasanya dinaiki air bertambah dalamnya .. ada yang sampai mencecah bumbung rumah.

Sanna said...

Salam ziarah.
Pertama kali hingga begini teruk!
Musibah besar .. semoga segera surutnya.

DDrfauziah said...

Aslmkm.
Kak G dengar cerita begitu la.
Ada kawasan2 yg amat teruk ... ramai yg pindah kerana merbahaya!

KAKIAH said...

Salam kepada kengkawan.
Terima kasih kerana sudi singgah & tinggal komen.
Saya dah balas kunjungan.

Zizaq said...

Salam Kakiah.
Alhamdulillah kerana kabarnya keadaan sudah semakin baik.