Saturday, December 11, 2010

BILA MARAH SUDAH MEMUNCAK

Takut rasanya melihat rusuhan yang sedang berlaku di London tu.  Itulah baru dinamakan tunjuk perasaan.  Perasaan marah rakyat sudah memuncak sampai ke tahap maksima.  Ia tidak dapat dikekang lagi.

Kita dapat merasa kemarahan dan kehampaan yang mendesak mereka bertindak drastik seperti itu.  Dalam keadaan ekonomi yang tidak meyakinkan, rakyat pula terhimpit perit dengan kos hidup yang semakin tinggi, pihak berkuasa memilih jalan mudah dengan menaikkan yuran pelajaran.

Ketika rakyat Thailand merusuh di Bangkok, kita semakin lama semakin tidak dapat menerima keangkuhan yang ditunjukan oleh perusuh-perusuh itu.  Tetapi apabila rakyat Britain merusuh, kita ikut simpati dengan mereka.

Pemerintah kita patut berterima kasih kepada rakyat Malaysia kerana sifat warga kita yang tidak suka bergaduh dan merusuh.  Jika ada tunjuk perasaan, ia tidak pernah sampai ke tahap merusuh.  Tapi tak tahulah kalau perasaan marah ikut sampai ke tahap yang tidak dapat dikawal lagi.

5 comments:

ROHA said...

Salam Kakiah.
Memang menakutkan!

Anonymous said...

Aslmkm.
Kalau diikut amarah, kekadang iman boleh tergugat!

ROHAM said...

Salam Kakiah.
Mudah2an tidak sampai ke tahap itu!

SITIJA said...

Salam Kakiah.
Perasaan marah yg memuncak kekadang seperti pencak silat .. terjah, rebah & boleh juga seperti gunung berapi - muntah, punah!

Nori said...

Salam Kakiah.
Ikut rasa binasa, ikut sakit hati belum tentu mati!