Thursday, March 24, 2011

KEMPUNAN DODOL TAHAP MAKSIMA

Entah kenapa secara tiba-tiba saja suami teringin sangat nak makan dodol.  Hari-hari asyik duduk sebut pasal perkara ini.  Macam-macam pula terfikir di dalam hati.

Dua hari lepas anak saudara kena pergi bertugas ke Alor Setar.  Apa lagi, saya pun minta tolong dengan sungguh-sungguh supaya dia tolong belikan.

Petang tadi dia sudah balik.  Dia terus menghantar dodol yang dipesan.  Dibelinya sebanyak RM 100 yang saya berikan kepadanya.

Punya la banyak berlambak-lambak. Jenuh pula membahagikan kepadanya dan saudara-saudara lain.


Tapi saya pun ambil banyak juga iaitu sebanyak enam bungkus seperti dalam gambar di atas.  Memang berbaloi-baloi.  Hehe. 

9 comments:

Anonymous said...

Aslmkm.
Hmmm ... dodol Pekan Rabu la agaknya ya?

BID said...

Aslmkm.
Aduh laa mak!
Bid jadi teringin juga nak makan ni! Huhu!

CIKDAH said...

Aslmkm.
Betul la!
Kalau dodol aloq staq mesti beli di pekan rabu.

SITIJA said...

Salam Kakiah.
Hmm, saya pun suker sangat!

ROHA said...

Salam Kakiah.
Roha pun suka dodol. Lebih2 lagi dodol durian, terutamanya yang baru dibuat! Yum, yum.

KERI said...

Salam Kakiah.
Ya, sedap!

Nori said...

Salam Kakiah.
Kalau fresh tu memang sedap.
Melaka punya boleh tahan sedap juga.

KAKIAH said...

Salam semua.
Tq 4 visiting. I dah return visits.

RAISA said...

Salam Kakiah.
I rajin juga beli dodol alor setar.
Dodol melaka pun sedap juga.