Saturday, March 5, 2011

LAYAN 'I AM NUMBER FOUR'

Anak-anak mengajak sungguh-sungguh pergi menonton kerana mereka dapat tiket diskaun.  Jadi terpujuk pergi juga la.

Filem yang di tonton ialah filem terbaru. Secara ringkasnya, butir-butir filem adalah seperti berikut:
FILEM: I Am Number Four
ARAHAN: D.J. Caruso
LAKONAN: Alex Pettyfer, Timothy Olyphant, Dianna Agron, Kevin Durand, Teresa Palmer dan Callan McAuliffe
GENRE: Aksi/Sains Fiksyen/Ngeri

Dah lama juga tak menonton wayang di panggung.  Teruja juga tengok aksi-aksi menarik dan teknik imaging komputer yang digunakan.  Rasa macam benar.

Saya tak kenal barisan pelakon filem ini.  Kelihatannya semua orang baru.  Atau mungkin saya sendiri yang sudah jauh ketinggalan dalam hal ini.

Tetapi lakonan mereka boleh dikategorikan sebagai baik.  Kiranya meyakinan juga.  Tak nampak janggal   Lagipun heronya kacak dan tampan.

Pada saya, skripnya tidak cukup kuat.  Tapi tajuknya sudah kata 'number four' pun.  Jadi penonton tak boleh harapkan filem ini hebat macam nombor satu.  Hehe.

9 comments:

BID said...

Aslmkm.
Sesekali nonton bagus juga kan?

KERI said...

Salam Kakiah.
Tunggu beli CD la nampaknya!

Sanna said...

Salam Kakiah.
Betul la! #4! Hehe.

Anonymous said...

Aslmkm.
:) # 4 pasti tak sama # 1.

KAKIAH said...

Salam semua.
Tqvm ya.

ROHA said...

Salam Kakiah.
Hehe .. betul! Bukan no 1.

CIKDAH said...

Aslmkm.
No 4, tak teruk lagi la kot! Hehe.

SITIJA said...

Salam Kakiah.
Tak best pun la!

ASAN said...

Salam Kakiah.
Pergi nonton Hikayat Merong Mahawangsa la pulak!