Kami mendapat jiran baru sejak awal tahun. Sebenarnya mereka telah membeli rumah bersebelahan dan membuat ubah-suai dan yang banyak juga. Katanya OKB!
Semasa mereka membuat ubah-suai tu memang sudah nampak lagak gaya mereka. Tapi masa itu kita tak la sampai terfikir mereka memang jenis yang benar-benar angkuh dan sombong.
Setelah mereka pindah barulah nampak dengan amat nyata sekali sifat mereka. Ada-ada saja masaalahnya - pasal sampah, pasal air basuh kereta, pasal najis kucing, pasal tetamu parkir bertentangan rumah mereka dan macam-macam lagi!
Hari minggu semalam si suami punya la bengang. Mereka telah memarahi dan beri amaran kepada pekerja kami yang meletakkan batang dan ranting-ranting pokok yang telah dicantas di kawasan seberang jalan. Jadi berlakulah pertengkaran!
Selama bertahun-tahun tak ada masaalah. Tapi bila ada jiran kekwek seperti ni, memang naik darah betul!
7 comments:
Salam ziarah.
Memang memeningkan kepala kalau begitu halnya!
Aduh! Boleh sakit jiwa tu!
Salam Kakiah.
Berpada-pada ya!
Salam Kakiah.
Pedulikan laa!
Salam Kakiah.
Jangan ambil pusing sangat!
Salam Kakiah.
Tak payah ambil pusing!
Salam Kakiah.
Singgah membalas kunjungan akak! :)
Post a Comment