Wednesday, July 14, 2010

DOSA BESAR ANAK LELAKI

Saya amat sedih membaca berita seorang bapa terpaksa membawa kes menuntut nafkah untuk dua cucunya daripada anaknya sendiri.  Bapa yang sudah memasuki usia warga emas dan isterinya membayangkan kepedihan setelah anak sulung mereka tidak pernah menjengok selama 7 tahun selepas berkahwin baru.

Hairan juga, di mana keberkesanan kursus perkahwinan yang diwajipkan ke atas pasangan yang akan berkahwin.  Apakah tanggung-jawap yang sebegini penting tidak dimasukkan dalam modul?

Allah SWT hanya memberi keredhaan kepada seorang anak yang mendapat keredhaan ibu bapa mereka.  Ini lebih-lebih lagi bagi seorang anak lelaki.  Tidak berbau Syurga anak lelaki jika dia mengabaikan tanggung-jawap kepada ibu bapa.  Kalau dia pulak tunduk kepada kemahuan isteri, maka sudah berlipat-ganda dosa.  Kedua-duanya tidak berbau Syurga!

3 comments:

Anonymous said...

Aslmkm.
Semoga semua anak-anak akan mendapat hidayah & segera insaf, amin!

Sanna said...

Salam ziarah.
Ya semoga anak sedemikian segera insaf!

jeman said...

salam.

dalam kes camni xleh menuding jari pd satu2 pihak.

keberkesanan dalam kursus perkahwinan bergantung pd individu itu sendiri nak meletakkan kemana arah tujunya.

anak lelaki itu sendiri, mungkin ada masalah yg xdpt kita fahami dari pihak dirinya, apatah lagi isteri barunya....

sibapa berbuat demikian mungkin bukan kerana masalah kewangan tp sebagai bahan pelajaran untuk kita semua yg masih bergelar insan....

bersamalah kita insafi perjalanan hidup ini.

waallahuaklam.