Friday, April 15, 2011

KEADILAN DI DUNIA

Tentu semua yang peka ingat kes pilu tentang adik malang, arwah Saiful Syazani Saiful Sopfidee.  Arwah telah dihukum begitu teruk hingga koma dan seterusnya meninggal beberapa hari kemudian.

Semalam guru dan warden Sekolah Rendah Agama Al Furqan, Jawi yang menghukum arwah itu telah dihadapkan ke Mahkamah.  Dia dituduh membunuh pelajar malang berkenaan.

Setelah ditahan dan disiasat, akhirnya beliau dituduh di atas kesalahan itu.  Tuduhan ini adalah sebutan pertama.  Tiada pengakuan dari guru berkenaan.

Kes ini adalah satu kes jenayah yang jelas.  Namun begitu proses undang-undang mesti diikuti.  Tentu kes ini akan memakan masa juga sebelum diambil ketentuan hukum.

Mungkin kita boleh ambil sempadan.  Jika melakukan sesuatu, berpandulah kepada iman yang diasaskan dengan kefahaman perintah Allah.

Ini baru menghadapi mahkamah keadilan di dunia.  Di Akhirat nanti masih tetap perlu menghadapi Allah SWT.

6 comments:

Anonymous said...

Aslmkm.
Jadi tentu baik jika kita selalu mengingatkan diri sendiri bahawa hidup hanya sementara. Allah SWT akan mengadili kita di atas segala perbuatan kita di sini di SANA nanti!
Insya Allah, kita akan sentiasa berfikir secara beriman sebelum melakukan tiap sesuatu.

ZAZA said...

Salam perkenalan.

KUYA said...

Salam ziarah.
Benar la tu!

JJAKA said...

Salam Kakiah.
Ya, ni baru proses pengadilan dunia!

Nori said...

Salam Kakiah.
Jika tak boleh mengawal perasaan, kena terima balasan.

CIKDAH said...

Aslmkm.
Tidak berbaloi .. dunia akhirat susah!