Saturday, May 8, 2010

BLOGWALKING

Sebenarnya, saya ni lebih banyak memikir bagaiman nak mencantikkan blog dan juga nak mencari ramai kawan yang akan sentiasa berhubungan.  Jadi saya blogwalking juga seminggu ni dan meninjau-ninjau.

Kesimpulan yang saya dapat ialah ramai orang yang mempunyai ramai 'followers' pun hanya berinteraksi dengan beberapa orang rakan sahaja.  Saya tak tahulah samaada itu memang kawan peribadi mereka di luar atau tidak.

Saya lihat ada blogger yang memang mempunyai misi untuk menjadikan blogging ini sebagai satu punca pendapatan.  Ini jelas yang letak bermacam-macam widget.  Ada widget gambar lucah pun ada, tapi tuan punya blog mempunyai imej bertudung.  Pelek juga!

Apa pun saya juga sudah dapat mengesan beberapa blog yang langsung tidak ada unsur untuk mencari pendapatan sampingan.  Harap-harap mereka dapat menjadi rakan blogger saya, kerana misi saya ialah untuk mendapat teman bicara.

3 comments:

Anonymous said...

Aslmkm.
Tujuan, objektif & misi org selalunya tdk sama. Yg lebih penting, kita sendiri mesti punya prinsip positif & berpegang kpdnya.

said...

salam kenal...
thanks sudi singgah di blog yanie dak gebu

hehehhe...(^^,)

KAKIAH said...

Salam utk DDr Fauziah & yanie.
Tq kerana sudi ke teratak saya.