Monday, June 13, 2011

PATUT LA MEREKA BERIYA-IYA

Hari ini baru aku tahu rupanya mereka yang duduk minta derma dan sedekah untuk yayasan atau rumah anak-anak yatim itu mendapat komisyen dari hasil kutipan mereka.  Bukan sedikit pula tu.  Paling kurang 40% dari hasil kutipan.  Yang lebih sampai 60%.

Patut la begitu banyak orang sedia 'bekerja' sampai ke pasar-pasar malam dan tempat keramaian.  Rupanya ada bahagian lumayan untuk mereka.

Teruk betul manusia di akhir zaman.  Begitu banyak orang mengambil kesempatan di atas kebaikan dan murah hati orang ramai!

Sekarang lebih baik beli dalam bentuk produk untuk diberi terus kepada anak-anak yatim berkenaan.

3 comments:

JAS said...

Salam Kakiah.
Manusia begitu la .. banyak cepat mengambil kesempatan!

ZILLA said...

Salam Kakiah.
Tq kerana follow ya.
Betul ni!!

Anonymous said...

Aslmkm.
Kak G jarang sekali beri begitu lagi. Biasanya terus direct jer ke institusi berkenaan.