Seharian ini semua anak-beranak malas nak pergi ke mana-mana. Jengah ke luar, di jalanraya kereta asyik merangkak saja. Tak tahu sampai bila la agaknya jalan tambahan itu akan siap!
Jadi, saya ajak anak-anak menolong membersihkan laman. Kata mereka hari ini cuti, dan sepatutnya berehat saja. Tapi saya dan suami pula berkata, 'nama pun hari pekerja, bila ada kerja tu kena juga kerjakan.' Bila petang, laman nampak bersih dan kemas.
Oleh kerana semua anak-beranak sibuk membuat kerja, jadi kami main pesan saja makanan segera. Abahnya pesan tiga biji pizza berlainan rasa. Sekejap saja selesai. :)
6 comments:
Salam.
Laman mesti berterima kasih .. hehe.
Salam.
Seronok juga buat kerja2 gini bersama keluarga.
Aslmkm.
Berapa ramai ahli keluarga?
Aslmkm.
Hari bersama keluarga amat bererti!
salam persahabatan kak kiah..:)
Salam semua. Saya dah berkunjung balas. Hehe!
Post a Comment