Saya teringat pesan Mak dulu. Katanya, "Kalau tak tahu masak, masak gunakan hati dan rasa .. lama-lama jadi ahli."
Terbukti benar kata-kata Mak tu. Setelah berkahwin baru saya belajar memasak. Buka buku resipi, dan tanya sana sini. Tak cukup dengan itu, saya cuba masak itu dan ini. Seronok pula, bila lauk tak berapa jadi, kami suami isteri ketawa bersama.
Beberapa lama kemudian, saya sudah pandai dan sering mendapat pujian dari suami dan tetamu yang diundang makan ke rumah. Sekarang ini, saya sering pula dicari sebagai pakar rujuk. :)
Begitulah keadaannya, jika kita buat sesuatu itu dengan kerelaan diri sendiri. Akhirnya, kita bahagia dengan pencapaian diri kita.
8 comments:
Aslmkm.
Ya, saya juga setuju.
Aslmkm.
Kak G pun betul2 masak pelbagai jenis masakan selepas kahwin. Cuba itu & ini & adjust ikut selera sendiri. Lama2 lbh pandai le :)
salam kakiah
mak saya pulak selalu ckp tak tau tak pe tapi kena rajin belajar jgn jadi pemalas pandai macamana pun tak guna..
salam kakiah
masak dgn hati xpe. asalkan jgn yg makan nnt 'makan hati' dah le... :)
wassalam
Salam.
Ya, jika masak biar ikhlas gitu!
Salam.
Masak ikut hati .. hm bunyi macam sedap juga tu .. hehe.
Salam.
Hmm .. asal jd. Hehe!
Salam.
Ya, amin. Apa yg boleh menambahkan kebaikan berumahtangga adalah baik.
Post a Comment