Monday, April 26, 2010

HP MURAHAN

Hari ini di Harian Metro ada menyiarkan berita tentang seorang mangsa kesal kerana tertipu dengan pembeliah handphones (HP) yang mahu diberi sebagai hadiah untuk isteri dan mertuanya.  Tapi yang hairannya, dia tidak rasa janggal atau mensyaki apa-apakah kerana membelinya daipada jurujual jalanan.

Mana mungkin ada orang menghampiri kita yang kita tidak kenali nya dan kita pula tidak mensyaki apa-apa.  Inikan pula bila orang itu menawarkan barang jenama berharga dengan harga yang jauh lebih murah dari harga pasaran.  Paling tidak kita mesti sudah tahu itu bukan barang jenama asli, atau sekurang-kurangnya kita akan mensyaki barang itu barang curi.

Apa pun cerita penjual, pembeli mestilah rasional dan bersikap bertanggung-jawap.  Pendeknya, jika dibeli juga, kena tanggung risiko sendiri.

Kalau HP cap ayam memanglah harganya amat murah.  Realiabiliti memang tak ada le.  Mana ada barang dibeli di jalanan yang ada gerenti.

Nasib jugalah dia pandai juga menjerat kembali penjual berjaya mendapat wangnya kembali.  Semoga itu satu pengajaran buat dirinya.

5 comments:

DDrfauziah said...

Aslmkm.
Begitulah lumrah manusia ... sering rebah kerana kelemahan diri sendiri, tp tetap menuding jari menyalahkan org lain.

CIKDAH said...

Aslmkm.
Kekadang manusia tunduk kpd kata hati!

SITIJA said...

Salam.
Pengajaran tu!!!

Zizaq said...

Salam.
Biar sering berlaku, manusia tdk akan pernah serik!

DANZ said...

Salam.
Jika sendiri menjeritkan diri, kenalah tanggung akibatnya juga!