Friday, July 30, 2010

Kita ada kira-kira sepuluh hari dalam bulan Sya'aban tahun ini. Semalam saya dengar elok juga kita menggandakan bacaan berikut sebanyak mungkin untuk mendapat sebanyak kebaikan.

LA ILA HA ILLALLAHU WA NA'ABUDU ILLA IYYA HU MUKHLIZHINA LA HUDDINA WA LAU KARIHAL KAFIRUN.
Maksudnya:

Tiada Tuhan melainkan Allah, tiada kami sembah melainkan Dianya dengan ikhlas lagi teguh atas dasar agama (tauhid) walaupun dibenci oleh orang-orang kafir.
Diriwayatkan bahawa akan ditulis Allah SWT baginya ibadat seribu tahun, dan dihapuskan daripadanya dosa seribu tahun, dan keluar ia dari kuburnya dengan muka seperti bulan purnama dan ditulis sebagai 'Sidiqqa.'

Marilah kita sama-sama memperbanyakkan saham akhirat.

4 comments:

Anonymous said...

Aslmkm.
Boleh diteruskan sehingga Ramadhan juga. Malah boleh dijadikan wirid harian.

BID said...

Aslmkm.
Terima kasih di atas perkongsian.

Anonymous said...

Aslmkm.
Jengah jer ler. :)

Zizaq said...

Salam ziarah.
Bagus la berkongsikan amalan ini.